“Kenapa ni sayang?’. Tanya saya kepada isteri apabila melihatnya asyik mual-mual dan letih.
“Tiada apalah abang, mungkin sayang tak makan pagi tadi sebab tu loya aje ni”. Jawab isteri
“Atau sayang dah....”. Saya cuba meneka.
Sejak akhir-akhir ini isteri saya kelihatan tidak sihat dan asyik mual. Dalam masa yang sama isteri ditugaskan sebagai pengawas peperiksaan di sebuah sekolah yang terletak di daerah Jasin. Pukul 7.30 pagi semua pengawas peperiksaan hendaklah berada di pusat peperiksaan. Oleh itu pukul 6.45 pagi kami telah mula keluar daripada rumah.
“Abang, sayang rasa tidak sihatlah”. Isteri saya mengadu.
Setelah selesai tugas sebagai pengawas peperiksaan kami pun bertolak pulang ke kampung kami di Terengganu. Jarak perjalanan daripada Melaka ke Terengganu memang jauh dan meletihkan. Setelah lapan jam memandu akhirnya kami selamat tiba di kampung halaman.
“Agaknya sayang dah nak jadi ibu ni”.
Saya berseloroh apabila melihat keadaan isteri.
Adoi!!!
Sakit juga apabila menerima cubitan manja di peha apabila saya menyatakan sedemikian. Saya membuat andaian apabila melihat keadaan isteri yang letih dan menunjukkan tanda-tanda hendak menjadi seorang ibu. Ini kerana biasanya orang perempuan tidak menunjukkan tanda kedatangan haidh dalam masa tiga minggu setelah berkahwin maka ia adalah petanda bahawa dia akan menjadi seorang ibu.
Petang itu kami pergi membeli-belah di sebuah pasaraya di Kuala Terengganu. Saya mencadangkan kepada isteri supaya membeli alat ujian mengandung atau dalam bahasa Inggerisnya disebut “pregnancy test”.
“Takutlah nak test”.
Itulah perasaan isteri saya apabila pulang ke rumah. Saya menyuruh isteri supaya membuat ujian tersebut. Saya sendiri melihat hasil ujiannya kerana isteri tidak mahu melihat keputusan tersebut akibat terlalu berdebar.
Sekiranya terdapat satu garis pada kertas tersebut maka wanita tersebut belum lagi hamil. Manakala terdapat dua garis pada kertas ujian itu maka wanita tersebut hamil. Saya tersenyum apabila melihat ada dua garis merah pada kertas ujian itu.
“Alhamdulillah”.
Mulut ini mengungkapkan kalimah agung itu kerana isteri saya sudah hamil. Untuk mengesahkan lagi keputusan itu kami telah pergi ke klinik dan membuat pemeriksaan air kencing. Memang ternyata bahawa isteri saya telah hamil dua bulan. Saya terus menelifon emak untuk memberitahu berita gembira ini.
“Assalamualaikum mak, mak sudah menjadi nenek”.
Tukar nama
Sampai di rumah adik-adik saya sudah mempunyai nama-nama yang baru. Ada Pak Ngah, Pak Uda, Ateh, Mak Su dan Ayah Cik. Cepat betul adik-adik saya menukarkan nama mereka setelah mendengar berita gembira ini. Berita gembira ini juga turut dikongsi bersama keluarga mertua saya. Ibu dan mertua saya adalah insan yang begitu gembira apabila mendengar berita ini. Maklumlah inilah cucu pertama mereka
Kini usia kandungan isteri saya sudah mencapai usia tujuh bulan dan dijangka akan bersalin pada awal Ramadhan nanti. Sekarang doa dan pengharapan dipanjatkan ke hadrat Allah supaya diberikan kekuatan kepada isteri dan dipermudahkan proses kelahiran nanti. Buat anak-anak muda di luar sana yang suka menderhakai ibu bapa, mereka haruslah sedar bahawa betapa beratnya seorang ibu itu mengandung dan melahirkan mereka.
Bagi mereka yang mengerti betapa beratnya beban yang harus ditanggung oleh seorang ibu itu semasa mengandung dan melahirkan pasti tidak tergamak untuk menderhakai kedua ibu bapa.
Perbuatan menderhaka ini adalah salah satu daripada dosa-dosa besar. Allah juga mengarahkan kita supaya berbuat ihsan kepada kedua ibu bapa. Mengungkapkan perkataan ‘uh!’ juga merupakan bentuk derhaka kepada mereka. Nabi s.a.w juga pernah berpesan kepada umatnya bahawa redha Allah adalah terletak kepada redha kedua ibu bapa. Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.
Watikah Pertabalan Yang di Pertuan Agong XIV
15 hours ago