Monday, November 2, 2009

Nak Ubah Cara Fikirku

Hari ini 2 November 2009 setelah 4 hari berada di Melaka..saya mengambil keputusan untuk menaiki bas dari Melaka ke Kuala Lumpur..pukul 7 petang saya menaiki bas setelah dihantar oleh isteri di Melaka Sentral..pada awalnya nak bertolak pukul 3 petang namun untuk menemani isteri jadi saya mengambil kepurusan untuk bertolak pukul 7 petang..
Setelah hampir setahun tidak menaiki bas ke Kuala Lumpur hati ini terasa rindu saat belajar di universiti empat tahun lepas..apabila sampai di Puduraya kenangan itu bertandang kembali..teringatkan saat-saat ‘meronda’ kotaraya metropolitan ini..teringat lagi kenangan menaiki LRT di Pasar Seni sehinggakan tidak ingat untuk menaiki di platform mana dan sempat lagi menelefon isteri untuk mendapatkan kepastian..
Melihat menara KLCC,menara KL,Dataran Merdeka,Sentral Market dan sebagainya menggamit memori lalu..Pengalaman sebenarnya suatu kenangan yang tidak boleh dibayar..melalui kenangan juga banyak mengajar kita erti sebuah kehidupan..hebat sungguh kenangan itu..ianya mampu mendewasakan kita yang semakin meningkat dewasa ini..kenangan menunut ilmu di menara gading adalah kenangan yang tidak dapat kulupakan sampai bila2..
Dalam perjalanan ke LCCT menaiki bas melalui jalanraya bertingkat melihatkan kemajuan yang begitu pesat telah melanda KL ini..manusia mampu membina bangunan yang tertinggi di dunia, jalanraya bertingkat, ada LRT, KLIA dan sebagainya..betapa minda dan otak manusia ini amat berharga sekali yang Allah kurniakan kepada mereka..namun terlintas persoalan di fikiran ini..mengapakah ada segelintir daripada kita termasuk diri saya masih belum berfikir untuk mengubah paradigma dalam diri??bangunan semakin tinggi namun cara berfikir kita masih belum berubah….inilah suatu perkara yang menjadi persoalan dan memerlukan kesedaran untuk terus berfikir…(mungkin perlu penelitian lebih)

0 comments:

Post a Comment