Malam ini saya dan rakan melihat perlawanan bola sepak antara pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan. Perlawanan malam ini begitu menarik sekali. Jujur saya katakan bahawa saya bukanlah peminat kepada sukan ini namun setelah terkesan dengan hobi dan minat rakan serumah maka saya pun turut sama duduk semeja untuk melihat perlawanan bola sepak ini.
Namun malam ini saya begitu hampa apabila melihat gelagat dan sikap penyokong sukan ini.
Kerana emosi yang tidak dapat dikawal tindakan yang tidak wajar berlaku akhirnya menguasai diri.
Botol air, mercun dan objek lain dilemparkan ke arah pemain. Kerusi stadium pula dibakar. Ada juga jurukamera televisyen mengalami kecederaan dek kerana sikap. Apakah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan semua harta benda kerajaan jadi mangsa?
Berlainan dengan perlawanan di luar negara. Jarang kita lihat hal ini berlaku ketika perlawanan sedang berlangsung. Emosi dapat dikawal dan digunakan dengan rasional. Kalau tidak berpuas hati pun biarlah akal kita bertindak dengan sebaiknya.
Ini semuanya kerana sikap dan pendirian.
Vineer
22 hours ago
0 comments:
Post a Comment