16 Mei setiap tahun merupakan sambutan hari guru. Semua warga guru akan mendapat ucapan daripada anak murid. Ungkapan ‘cikgu’ merupakan ungkapan keramat yang akan disebut walaupun empunya diri sudah lama kembali ke alam kubur. Itulah mulianya martabat seorang guru ini.
“Ustaz,pada hari guru nanti dikehendaki baca doa”.
Itulah tugasku apabila ada majlis-majlis rasmi di sekolah.
Malam Gala Seribu Bintang.
Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Aku harus pergi ke dewan sekolah kerana di sana ada majlis sempena hari guru. Aku masuk lalu duduk di bahagian hadapan dengan diberi tepukan dan sorakan daripada pelajar. Aku bertanya kepada pengarah program tentang acara pada malam ini. Aku sudah mengagak bahawa aktiviti yang akan diadakan malam ini merupakan aktiviti yang tidak pernah aku gemarinya. KARAOKE.
Aktiviti yang tiada sangkut paut dengan sedikit pun dengan guru. Hanya sekadar hiburan semata-mata. Namun aku tetap pergi sekadar menunjukkan muka dan duduk di bahagian belakang sahaja. Daripada aktiviti tersebut ada beberapa perkara yang harus diteliti dan di ambil peduli oleh barisan ahli jawatankuasa pelaksana. Antaranya :
1. Hendaklah meneliti kembali natijah aktiviti yang diadakan samada ianya membawa kesan positif atau negatif kepada guru dan pelajar.
2. Tengok kepada reaksi pelajar apabila guru dan rakan mereka naik ke pentas untuk membuat persembahan mereka akan bersorak dan bertepik melolong seolah-olah itu bukannya majlis sempena hari guru. Tiada rasa hormat langsung kepada guru yang patut disambut dengan penuh beradab.
Ada pelajar yang bertanya kepadaku . “Ustaz tak nak menyanyi ke malam ni?”.
“Kalau saya naik nyanyi nanti tentu semua kawan-kawan awak menangis nanti kerana saya bukan menyanyi tetapi saya akan baca Yaasin nanti”.
Jawapan yang agak sinis telah diberikan. Harap pelajar itu mengerti maksudku itu.
Untuk apa aku naik menyanyi di atas pentas itu. Cukuplah aku menyanyi seorang diri dalam bilik saya sekadar menghiburkan diri sendiri.
Susah untuk ubah
Kadang-kadang aku tidak faham kenapa perkara yang lama tidak berani untuk diubah? Apa yang pernah dilakukan pada tahun-tahun yang lepas akan diteruskan juga pada tahun ini. Aktiviti yang dilakukan pada tahun ini sama sahaja dengan tahun aktiviti lepas. Cuma ada sedikit sahaja perubahan namun aktiviti utamanya tidak diubah. Biarlah ada perubahan yang boleh menjurus kepada peningkatan akademik dan sahsiah pelajar. Bukannya utamakan hiburan semata-mata. Berhibur biarlah berpada.
Vineer
1 day ago
0 comments:
Post a Comment